Aku ni boleh dikatakan agak lambat ada akaun instagram (IG). Sebab dulu aku pakai hp Blackberry je. Hp Blackberry mana boleh buat akaun instagram. Jadi aku telan air liur je tengok kawan-kawan dan adik-adik aku ada akaun IG sendiri. Sampai satu tahap aku siap berangan-angan nak ada akaun IG sendiri. Tapi dalam masa yang sama aku sayang betul dengan hp Blackberry aku ni. Sebab aku memang suka hp jenis ada keypad. Aku tak minatlah hp jenis touch-touch ni. Macam menyusahkan je nak touch-touch. Nanti nak taip sms mesti banyak typo. Tangan aku dahlah macam gajah bukannya jenis halus-halus. Sebab tu hp aku tak canggih. Perangai aku asalkan boleh call, boleh sms dan hp mestilah jenis keypad bukan touch-touch ni. Eh lagi satu, dulu pun aku tak ada whatsapp tau. Lambat jugak kot aku ada whatsapp sendiri. Orang lain dah layan group whatsapp aku dok ralit layan twitter. Aku dulu memang aktif dan suka sangat layan twitter. Pastu entah macam mana entah boleh terbuka hati aku nak download whatsapp dan akhirnya terjabaklah aku dengan whatsapp. Pastu jakun sendiri. Hahaha. Dahlah Nurul tajuk kau pasal instagram bukan whatsapp. Suka benau melencong dari tajuk asal. Ok mari berbalik pada tajuk asal.
Sampaikan satu tahap, hp blackberry aku dah tak dapat diselamatkan lagi. Puas dah aku ketuk sana, ketuk sini, tak mahunya cik berry aku tu on. Gelap gelita je screen hp. Siapa suruh kau ketuk sana sini. Memang terus gelap gelitalah screen hp kau Nurul. Cik Berry pun satu, dah kenapa dan-dan tak boleh nak on? Aku pulak jenis tak menyabau. Teruslah aku ketuk-ketuk hp tu dengan harapan bolehlah hp tu on. Harapannnnn. Memang tak ada maknalah hp tu boleh on kalau dah main ketuk-ketuk hp kan. Tukang ketuk hp tu pun ganas sangat pakainya. KahKahKah.
Masa hp Blackberry aku tu buat hal, aku tengah sarat pregnantkan Raifa. Dahlah tak ada hp spare. Nak beli hp lain rasa macam sayang duit. Pastu masa tu pun banyak nak guna duit buat persiapan nak sambut baby baru. Memang tak nafikan masa tu, memang beriya-iya aku beli macam-macam nak sambut baby baru. Laki aku pulak saiko aku cakap tak payah nak beli hp baru lagi. Semua benda pun aku jahanamkan. Laki aku bising sebab hp Blackberry tu kiranya dia yang belikan. So laki aku cakap lepas ni jangan nak minta hp baru kat dia. Pasrahlah aku time nak sarat bersalin hp rosak pulak. Pastu aku pakailah hp zaman batu yang ibu aku bagi pinjam. Masa tu aku fikir kalau nak beli hp baru pun tunggu lepas bersalin je. Sebab masa tu memang aku tengah tunggu hari nak bersalin. Tak kuasalah mak nak beli hp tengah sarat tunggu hari nak beranak je masa tu.
Sampailah aku bersalinkan Raifa pada January 2014 tahun lepas, aku masih pakai hp zaman batu. Itu sebab aku lambat bagitahu kat kawan-kawan yang aku dah selamat bersalinkan Raifa. Habis tak boleh nak online macam mana nak bagitahu. Nampak jugak kepentingan internet dalam hidup aku. Mana kawan-kawan aku yang kenal adik aku Dhila, diaorang tahulah yang aku dah bersalin. Sebab adik aku ada update kat facebook dia. Sampailah satu tahap aku fikir punya fikir, yang aku kena jugak beli hp baru. Masa tu tengah berpantang. Bosan okeh pakai hp zaman batu tak boleh nak online. Mak layan baca buku ilmiah je masa pantang tu. Hamboi baiknya. Hahaha.
Akhirnya aku tewas jugak dengan godaan duniawi bahawasanya hp yang berkualiti tu sangat penting bagi aku. Lagipun hp zaman batu yang aku pakai tu macam leceh. Nak sms pun macam alahai lecehnya nak tekan itu ini baru boleh send sms. Akhirnya aku pun beli hp baru masa dalam pantang dengan minta bantuan adik aku Bani yang temankan aku masa tu. Dan akhirnya aku terjebak jugak dengan hp jenis touch-touch ni. Habis tu yang aku tengok banyak sangat model jenis touch. Aku kan ada bagitahu, aku jenis tak menyabau. So aku rembat je lah asalkan Samsung. Sokonglah brand Samsung. Ewah Ewah Ewah. Promote nampak. Hahaha.
So secara rasminya aku ada IG sendiri awal tahun lepas. Masa tu senyum lebar je sebab aku dah ada IG sendiri. Biasalah benda baru mesti macam semangat lain macam pastu jakun macam apa je. Mula-mula tu aku kemaruklah layan IG je. Sikit-sikit nak layan IG. Lama-kelamaan aku rasa macam biasa je IG ni. Aku ni mudah rasa bosan. Lagi-lagi kalau yang tak kena dengan jiwa aku. Memang cepatlah aku rasa bosan. Aku rasa IG tak kena dengan jiwa aku. Banyak sebab kenapa. Salah-satu sebab, yang aku perasan layan IG ni cepat habiskan data internet aku. Eh eh ni yang mak tak berkenan ni. Lama-kelamaan aku macam endah tak endah je dengan IG ni. Pastu kalau dah follow IG instashop ke orang yang femes-femes ke, tak sudah-sudah nak review produk ke bisnes online orang lain. Aku rasa agak serabut kat situ. Banyak lagi sebab. Tapi ada jugak kelebihan dan bestnya IG ni cuma sejujurnya IG ni tak kena dengan jiwa aku dan bukanlah kawan baik aku yang sampai setiap masa pun aku nak layan IG. Oh no no no. Mak bukan kaki layan IG.
Sekarang ni pun aku kurang layan IG. Ada masa-masa tertentu je aku layan IG. Dalam sebulan tu maybe dalam 2,3 kali je aku layan IG secara teliti sampai hampir berjam. Kalau tak, aku hanya upload gambar tanpa layan timeline IG. Perangai aku upload je gambar kat IG tapi jarang nak layan IG. Upload gambar pun bukan jenis hari-hari pun. Ikut mood. Lagi pun aku lately jaranglah nak ambil gambar pastu upload. Faktor usia kot. Tak kuasalah aku sikit-sikit pegang hp ambik gambar. Kalau ada mood adalah aku pegang hp ambik gambar. Kalau mood tengah tak ada, memang taklah aku nak ambik gambar. Tu sebab aku rasa kagum tengok orang yang rajin ambil gambar pastu kerap update IG. Pastu edit gambar cantik-cantik pulak tu. Memang kagum betul aku dengan jenis orang macam ni. Yang bestnya IG ni orang edit gambar tu cantik-cantik. Aku suka tengok.
Tapi sesiapa ada akaun IG tu boleh je nak add aku. Cari je Nurul Jamian. Jumpalah akaun IG aku tu. Sebab ada jugak gambar-gambar yang aku tak pernah upload kat mana-mana tapi aku upload kat IG je. Sebab kadang-kadang aku rasa selesa upload gambar kat IG je berbanding kat facebook. Itu yang akau bagitahu tadi, ada jugak kelebihan dan bestnya IG ni cuma sebab tak berapa kena sangat dengan jiwa aku, tidaklah aku layan sangat IG ni.
Sorry instagram, kau bukan kawan baik aku. Jangan merajuk. Hahaha
Tapi sesiapa ada akaun IG tu boleh je nak add aku. Cari je Nurul Jamian. Jumpalah akaun IG aku tu. Sebab ada jugak gambar-gambar yang aku tak pernah upload kat mana-mana tapi aku upload kat IG je. Sebab kadang-kadang aku rasa selesa upload gambar kat IG je berbanding kat facebook. Itu yang akau bagitahu tadi, ada jugak kelebihan dan bestnya IG ni cuma sebab tak berapa kena sangat dengan jiwa aku, tidaklah aku layan sangat IG ni.
Sorry instagram, kau bukan kawan baik aku. Jangan merajuk. Hahaha