Happy je Raina nak pergi school
Aku rasa aku tak pernah cerita detail pasal sekolah lama Raina tahun lepas kecuali kelas Elmo Raina je kot yang pernah aku tulis kat sini. Hah ini satu lagi cerita dah basi yang patut awal-awal lagi aku dah tulis kat sini tapi sampai ke sudah tak buat entri ni. Sampaikan Raina dah tukar sekolah pun, aku tak update-update cerita ni kat blog. Ya ampun maafkan aku. Mood menulis macam biskut Chipmore sekarang ni.
Tahun lepas Raina sekolah kat PASTI. Nama penuh sekolah PASTI tak silap aku Pusat Asuhan Tunas Islam kot. Disebabkan masalah utama adalah transport, jadi aku dengan Saiful buat keputusan untuk tukarkan Raina sekolah ke Genius Aulad. Dulu masa Raina kat sekolah PASTI, aku tak ada masalah besar pun dengan transport. Setiap pagi aku yang hantar Raina ke sekolah. Balik sekolah Raina tumpang seorang ustaz yang aku bayar tiap-tiap bulan. Tapi yang jadi masalahnya, aku selalu sampai office lewat. Selalu sangat bila aku punch merah je kad aku. Sampai dah kena warninglah dengan pihak atasan. Sebab itu, apa cara pun, aku kena tukarkan Raina sekolah demi menjaga prestasi kerja aku. Cewahhh. Kalau korang nak tahu, Genius Aulad memang ada sediakan van sekolah. Jadi sebab itu aku pilih Genius Aulad untuk sekolah baru Raina.
Ada jugak sebab-sebab lain yang terpaksa aku buat keputusan menukarkan Raina sekolah. Memang berat hati nak tukarkan Raina sekolah. Tapi aku terpaksa jugak buat keputusan ni. Antaranya sekolah PASTI sangat padat. Satu kelas tu memang padat bilangan muridnya. Kalau aku hantar Raina ke sekolah, memang nampak kepadatan bilangan murid-murid kat PASTI. Nampak jugaklah cikgu dan ustazah kat PASTI macam payah nak handle murid-murid kat situ. Raina ni jenis tak boleh belajar dalam satu kelas yang ramai sangat budak tau. Nanti Raina mudah hilang fokus dalam kelas. Raina sendiri bagitahu aku yang dia tak selesa sekolah PASTI sebab ramai orang dan agak bising. Dia tak boleh nak belajar rajin-rajin. Raina nak school macam kelas Elmo tak ramai orang. Korang tengok kemain alasan anak dara aku ni tau.
Tapi aku percaya apa yang Raina cakapkan. Sebab memang nampak perbezaan bila Raina kat sekolah Pasti dia jadi tak minat sangat belajar. Dia totally hilang fokus. Berbeza dengan bila dia kat kelas Elmo pada hujung minggu. Walaupun dia kadang-kadang hilang fokus, tapi sebab dalam kelas tak sampai 10 orang, teacher akan cepat-cepat handle Raina bagi balik Raina fokus masa belajar. Raina pun nampak lagi happy ke kelas Elmo berbanding sekolah PASTI.
Mungkin disebabkan kat PASTI terlalu padat dengan budak, apa yang aku perasan, barang Raina selalu sangat hilang. Bila aku check beg sekolah dia mesti ada benda yang hilang. Hari ni hilang pensil. Esok hilang pensil warna. Nanti esok lagi hilang pensil box. Kadang-kadang sesuka hati je Raina bawak balik barang orang lain tapi barang dia sendiri dah hilang. Aku memang bising hal ni. Selalu pesan kat Raina pulangkan balik barang kawan dan nanti cari balik mana barang Raina. Mungkin tertukar dengan kawan dia kot. Sebab dalam kelas terlampau ramai budak sebab tu kot kes-kes macam ni terjadi. Tak pastilah sebab aku cuma agak-agak saja. Aku pun tak nak salahkan sesiapa. Biasalah budak-budak kan.
Raina tersenyum lebar sebab nak pergi trip ke Farm In The City
Lagi satu, aku tukarkan Raina sekolah sebab aku rasa pembelajaran Raina dah tak seimbang. Raina lebih potensi ke subjek agama, hafazan dan bahasa arab. Aku sangat happy bila Raina dah boleh hafal beberapa surah dan tahu macam-macam pasal hal keagamaan. Kalau bab doa pun sama. Raina dah boleh hafal macam-macam doa. Happy sangat aku dengan perkembangan Raina. Tapi bab akademik lain Raina agak merosot. Membaca totally Raina tak boleh. Matematik dan lain-lain pun nampak biasa-biasa je. Maybe salah aku jugak sebab tahun lepas aku cuma tumpukan pada homework Raina je. Tapi aku totally tak ajar Raina membaca. Sebab prinsip aku memang tak boleh nak harapkan cikgu atau ustazah kat sekolah. Kita sebagai mak bapak pun kena main peranan sama ajar anak kita. Tapi bila aku test Raina ABC, 123 pastu test suku kata nak ajar membaca totally Raina tak boleh. Terus aku dah gelabah ayam. Wei apa nak buat ni. Serius aku gelabah. Terus tak senang duduk asyik fikir masalah Raina. Aku dah agak Raina mesti hilang fokus dalam kelas sebab aku tahu kelemahan dia. Sebab ini jugak aku decided tukarkan Raina sekolah.
Sejak Raina tukar sekolah ke Genius Aulad ni, Alhamdulilah nampak banyak perubahan. Genius Aulad tak padat macam Pasti. Nampak yang Raina happy dan lebih semangat nak pergi sekolah. Barang-barang Raina pun setakat ni tak adalah hilang. Kalau ada hilang pun, bila aku tanya mana barang Raina? Esoknya Raina tunjuk dah barang dia. Raina cakap tertinggal kat school. Pastu aku nampak Raina lebih fokus dalam pembelajaran dia. Apa yang dia belajar, balik rumah dia boleh ulang-ulang apa dia belajar.
Sekarang ni, setiap malam aku buat sesi belajar dengan Raina. Ajar dia membaca guna set buku 'Bacalah Anakku'. Hari tu ada sesi perjumpaan dengan teacher kat sekolah Raina. Aku tanya macam-macam. Dan teacher kelas Raina, teacher Seha bagitahu nampak Raina ok je cuma kena fokus lebih kat dia lagi-lagi bab membaca. Nampak Raina memang happy dalam kelas. Jadi aku belajar dari kesilapan, aku buat sesi belajar membaca dengan Raina. Alhamdulilah sekarang dah nampak hasilnya. Raina dah boleh baca sikit-sikit walaupun merangkak-rangkak. Dalam masa yang sama kadang-kadang aku selitkan pembelajar matematik jugak. Oh paling best Raina dah boleh reti tengok jam jarum tau. Sekarang dia tengok jam jarum nanti dia bagitahu sekarang dah pukul berapa. Cuma adalah part yang dia keliru macam. Contoh jam tunjuk pukul 9.15 nanti dia bagitahu sekarang dah pukul 9 tapi 9 berapa dia kompius nak kira kat situ. Lagi satu, aku nampak Raina dah boleh baca buku bersiri bahasa English. Tak tahulah dia menghafal ke apa. Tapi laju je dia baca buku bersiri tu.
Bagi aku setiap sekolah tu ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Cuma kita kena tahu anak kita ni masalah utama dia apa. Dan kita mak bapak pulak kena tahu masalah kita apa pulak. Macam kes aku masalah transport dan masalah Raina mudah hilang fokus. Sebab tu aku tukarkan Raina sekolah yang bilangan budak dalam kelas sikit supaya senang dia belajar. Bukan sebab aku nak bajet bagus hantar sekolah mahal. Sebab aku sendiri dulu sekolah tadika Perpaduan je. Tapi Alhamdulilah boleh belajar sampai UiTM.
Kalau ikut hati aku, sebenarnya aku nak masukkan Raina ke sekolah pra tahun ni tapi tak ada rezeki Raina sekolah pra. Masukkan je Raina ke Genius Aulad. Yang penting anak pergi sekolah untuk belajar. Apa-apa pun aku nak berterima kasih kat cikgu dan ustazah yang pernah ajar Raina masa kat sekolah PASTI dulu. Sebab kalau nak ikutkan aku lagi rapat dengan cikgu dan ustazah kat sekolah PASTI berbanding cikgu-cikgu kat Genius Aulad. Bagi aku besar jasa-jasa pendidik ni dalam mendidik anak bangsa. Oklah panjang lebar aku tulis hah. Mentang-mentang manager aku tak kerja hari ni. Ok aku nak lunch ni. Jom lunch geng
Kalau ikut hati aku, sebenarnya aku nak masukkan Raina ke sekolah pra tahun ni tapi tak ada rezeki Raina sekolah pra. Masukkan je Raina ke Genius Aulad. Yang penting anak pergi sekolah untuk belajar. Apa-apa pun aku nak berterima kasih kat cikgu dan ustazah yang pernah ajar Raina masa kat sekolah PASTI dulu. Sebab kalau nak ikutkan aku lagi rapat dengan cikgu dan ustazah kat sekolah PASTI berbanding cikgu-cikgu kat Genius Aulad. Bagi aku besar jasa-jasa pendidik ni dalam mendidik anak bangsa. Oklah panjang lebar aku tulis hah. Mentang-mentang manager aku tak kerja hari ni. Ok aku nak lunch ni. Jom lunch geng