Quantcast
Channel: Aku Menulis Itu ini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 104

Raina Evaqairina is five

$
0
0
Lama aku peram cerita ni. Dari bulan November tahun lepas aku peram cerita ni. Tadi tengah lunch terfikir entri apa yang aku patut tulis. Fikir punya fikir baru teringat aku nak buat entri pasal birthday Raina. Kejap je masa berlalu. Tup-tup anak dara aku ni dah 5 tahun umurnya. Tapi sekolah tahun ni masuk kelas 6 tahun. Padahal baru je sambut birthday dia bulan November hari tu. Bulan lepas bawak dia pergi Hello Kitty Town sebagai hadiah birthday dia. Beginilah anak lahir hujung-hujung tahun ni. Kawan-kawan sebaya Raina dah lama genap 5 tahun. Tapi Raina baru je genap 5 tahun. Kalau ikut bulan kelahiran dia, Raina baru 5 tahun 2 bulan. Kalau ikut tahun kelahiran dia dah 6 tahun. Tapi aku lagi suka kira umur anak ikut bulan kelahiran. Muda sikit kan. Hahaha.

Teringat masa nak daftar sekolah Raina pada tahun 2013 yang lepas, cikgu tanya nak masukkan Raina kelas 4 tahun atau 5 tahun. Boleh pilih. Tapi Tok Wan dia cakap ikutlah tahun kelahiran Raina. masukkan Raina ke kelas 5 tahun walaupun masa daftarkan Raina sekolah tu, dia baru genap 4 tahun. Nanti masuk darjah satu pun ikut tahun kelahiran. So aku pun pasrah ikut cakap ibu aku daftarkan Raina masuk kelas 5 tahun. Masa tu malas nak fikir sangat sebab tengah sarat pregnant Raifa. Masa tu fikir janji settle hal sekolah Raina dan Raina boleh pergi sekolah macam biasa.



Disebabkan aku dan Saiful plan nak holiday ke Johor bulan lepas dan salah satu misi nak bawak Raina pergi Hello Kitty Town sempena hadiah birthday dia, jadi aku laki bini tak adalah nak belikan kek untuk Raina. Sebab Raina tak berapa gemar makan kek berkrim. Ikut mood kalau nak makan kek berkrim. Aku pun puaslah fikir apa nak buat. Aku suka benda atau perkara yang rare. Nampak unik. Masa kat office, tengah buat kerja dapat idea nak beli donut. Sebab Raina penggemar donut. Dia memang suka sangat makan donut. Kalau pergi sekolah boleh dikatakan hari-hari nak donut. Cuma lately bila dia dah besar ni, bila aku tanya kat Raina samada dia nak kuih donut ke tak? Dia jawab tak nak donut. Tak nak kuih apa-apa pun. Nak makan bekal yang mama bagi je. Tapi kalau donut depan mata dia, memang laju anak dara ni makan. Dia paling suka donut kosong.

Dah dapat idea, terus aku pergi beli donut masa lunch hour. Pastu aku pun  ambil kertas tulis sendiri (tulisan aku buruk), gunting dan tampal. Taraaaaa siap label flag untuk deko letak atas donut. Masa tunjuk kat Raina, dia suka sangat. Sebab donut depan mata dia siap ada deko lagi tu. Walaupun deko aku tak seberapa, tapi sebab aku buat dengan penuh kasih sayang untuk anak aku, so aku rasa sangat puas hati.

Lepas beberapa hari birthday Raina, Tok Wan Raina belikan kek untuk Raina. Kemain Ton Wan beli kek kat secret recipe saiz besau gabak terus bagi kat Raina. Kek apa entah aku kurang pasti. Aku bukan tahu sangat nama-nama kek ni. Hahaha. Tapi masa Tok Wan tunjuk resit hari tu, rasanya choc indulgence cake kot. Serius sedap. Raina yang tak suka makan kek pun, bertambah-tambah dia makan. Ummie Ngah dan Pak Usu pulak bagi hadiah kat Raina semua tema Frozen. Terima kasih Ummie Ngah dan Pak Usu.



Bila Raina dah besar ni, memang tak nafikan yang Raina banyak dah boleh di harap. Dah boleh tolong aku macam-macam walaupun tak memuaskan sebab dia masih peringkat belajar, tapi senang kata dia boleh di harap. Sapu rumah, bersihkan carpet sebab Raifa suka buat sepah makan kat atas karpet, lipat baju, basuh pinggan mangkuk, jagakan adik walaupun kadang-kadang dia buli adik, suapkan adik makan dan macam-mcam lagi.

Untuk Raina,

Mama harap Raina belajar rajin-rajin. Jadi anak yang solehah. Kalau papa dan mama ada tegur dan marah sikit-sikit kat Raina semuanya sebab papa dan mama sayang Raina demi untuk kebaikan Raina. Mama tahu, Raina perlukan perhatian. Raina selalu mengadu, kenapa sikit-sikit adik. Adik kecil lagi Raina. Adik perlukan lebih perhatian. Tapi dalam masa yang sama mama tak abaikan Raina. Mama cuba berlaku adil untuk anak-anak mama. Cuma mungkin mama kurang sikit bagi perhatian kat Raina sebab mama nak kena bagi lebih perhatian kat adik. Raina pun tahu kan, adik makin melasak sekarang ni. Sebab tu mama kena bagi lebih perhatian kat adik. 

Tapi percayalah mama sayang semua anak-anak mama. Mama sanggup buat apa je untuk anak-anak mama. Mama tulis entri ni, sebab mama rasa mama dah lama tak tulis entri pasal Raina. Mama rasa tahun lepas masa birthday Raina pun mama tak tulis satu pun pasal birthday Raina. Sebab masa tu adik masih dalam perut. Mood mama tak stabil. Harap Raina faham. Kalau kot-kot dah besar nanti Raina terbaca entri mama ni, mama harap Raina faham apa yang mama tuliskan kat sini ye

Viewing all articles
Browse latest Browse all 104

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.