Quantcast
Channel: Aku Menulis Itu ini
Viewing all articles
Browse latest Browse all 104

Bila Raifa mula makan solid food

$
0
0
Bubba Gump Shrimp Co, The Curve

Patutnya entri pasal Raifa dah start makan solid food ni aku buat masa umur Raifa 6 bulan hari tu. Sekarang Raifa dah 8 bulan umurnya. Baru sekarang aku nak buat entri pasal ni. Busy kekdahnya. Busy ke pemalas Nurul hoi. Hahaha.

Raifa start makan solid food masa umur Raifa genap 6 bulan. Solid food pertama Raifa adalah puree potato. Laju je Raifa makan. Kemain dia suka makan sambil tersengih-sengih. Dulu masa Raifa belum boleh makan, kalau dia tengok kitaorang makan kemain terkulat-kulat mulut dia siap buat gaya mengunyah lagi. Tapi aku tak kan bagi anak aku makan selagi umur anak aku belum genap 6 bulan. Anak orang lain yang nak bagi anak makan lebih awal dari tu terpulanglah kan? Hak masing-masing. Tapi Risiko tanggung sendiri. Rasanya aku ada buat entri pasal risiko bagi baby makan sebelum baby umur 6 bulan ni.

Untuk anak no 2 ni, aku rajin sikit gugel sana sini cari bahan bacaan nak menambahkan ilmu. Dari pembacaan aku, solid food pertama baby eloklah dimulakan dengan puree dan bukannya bubur nasi. Jadi aku mula buat puree Raifa untuk permulaan dia makan solid food. Macam-macam puree aku buat. Antaranya puree pumpkin, puree epal, puree buah naga, buah manggo, dan puree pear. Tapi Raifa paling suka puree pumpkin dan puree pear. Laju je dia makan sampai licin satu mangkuk.

Kali ni misi aku kekononnya 'say no to cerelac or nestum'. Alhamdulilah setakat ni Raifa belum lagi aku bagi sebarang cerelac atau nestum. Dulu masa Raina anak sulung ilmu kurang. So ada jugak aku bagi Raina nestum sebelah pagi biasanya. Siap bagi stok nestum kat babysitter dulu. Tapi kali ni semuanya homemade. Memang aku cuba avoid sebarang cerelac or nestum kat Raifa. Semoga misi aku berjaya. Biarlah bersusah-susah sikit aku bangun pagi untuk buat bekal Raifa setiap hari. Time Raina dulu pun aku bangun pagi buat bekal Raina. Tapi still ada campur bagi nestum. Tapi kali ni memang semua bekal yang aku bagi kat babysitter Raifa untuk menu pagi sampai ke petang adalah yang aku buat sendiri.

Kalau aku keluar pergi shopping mall ke atau makan kat luar ke, selalunya memang aku bawak bekal siap-siap untuk Raifa. Kesian pulak kan nanti dia tengok je kita makan. So memang aku akan siapkan semua bekal dia walaupun pergi shopping mall. Tapi baru-baru ni aku baru je perkenalkan snacks untuk Raifa macam biskut. Sebelum ni aku takut nak bagi biskut. Sebab aku tengok biskut baby kandungan dia ada sikit gula dan garam. Aku fikir alahai nak bagi Raifa dia kecik lagi. So ni Raifa dah 8 bulan lebih baru aku berani nak bagi Raifa snacks macam biskut. Tapi aku tak kerap bagi pun. Sesekali je aku bagi. So kalau aku keluar dan tak dapat buat bubur atau puree Raifa, aku akan standby biskut untuk dia. Yang penting ada bawak bekal untuk dia.

Sekarang Raifa dah 8 bulan. Bila umur Raifa masuk 8 bulan, barulah aku berani buat bubur nasi untuk Raifa. Macam-macam perisa bubur aku buat. Perisa sayur campur ikan bilis, perisa pumpkin campur udang kering, perisa sayur brokoli dan macam-macam lagi. Sekarang ni aku baru start masukkan sedikit protein macam ayam atau isi ikan dalam bubur Raifa. Kadang-kadang aku masih buatkan puree untuk Raifa. Sebab Raifa masih suka makan puree walaupun dah start makan bubur nasi. Aku pelbagaikan menu dia setiap hari.

Alhamdulilah tengok Raifa ok je makan. Memang tak nafikan Raifa suka makan dan senang nak bagi dia makan. Tak macam kakak dia dulu. Bersilat okeh nak bagi makan. Raifa ni jenis kita suap laju je dia makan. Pernah hari tu dia makan bubur habis satu mangkuk pastu menangis. Rupa-rupanya tak cukup wei. Dia nak lagi bubur tu. Seronok tengok Raifa suka makan. Kalau nak tahu Raifa punya perangai sambil makan sambil tersengih-sengih dan berjoget-joget okeh. Lagi-lagi kalau dia duduk dalam walker pastu kita bagi makan kat depan TV. Mulalah dia berjoget-joget sambil makan. Nak makan ke nak berjoget kamu adik? Hahaha

Nantilah kalau aku rajin aku ceritalah detail pasal menu solid food Raifa. Kalau rajinlah. Macam tak rajin je. Hahaha. Bukan apa aku jenis kalau nak cerita detail ni mesti nak ada gambar. Nak ambil gambar tu yang malas wei. Dah lah Raifa ni jenis nak berkepit je dengan aku. Asal aku pergi dapur nak masak, Raifa dah merengek-rengek nak kita dukung dia. Tu yang jadi malas aku nak ambil gambar. Tapi aku cuba usahakan. Tengoklah tahap kerajinan aku macam mana ye

Viewing all articles
Browse latest Browse all 104

Trending Articles


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.